PENYESUAIAN SOSIAL :)
- Penyesuaian sosial boleh didefinsikan sebagai satu proses yang mengadaptasi sesuatu keadaan. Penyesuaian sosial ialah keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu. Proses ini berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan.Penyesuaian berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan.
- Seseorang pelajar perlulah mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan.
10.1 KEMAHIRAN INTERPERSONAL
Ø Kemahiran antara perseorangan atau kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu.
Ø Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal ialah seperti konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya.
Berikut merupakan panduan untuk membentuk konsep kendiri yang positif ke atas individu.
· - Pastikan matlamat yang hendak dicapai adalah jelas
· - Pastikan matlamat yang hendak dicapai adalah praktikal dan realistik dalam membentuk konsep kendiri
· - Membuat keputusan sendiri dan bersedia menanggung risiko daripada keputusan yang diambil
· - Mengimpikan hasil yang positif
· - Membentuk kemahiran professional untuk mengukuhkan konsep kendiri
· - Menggunakan kaedah sokongan dengan memberi ganjaran atau hadiah kepada diri sendiri di atas prestasi yang telah dicapai
· - Menerima hakikat kelemahan diri.
Ø Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri.
Ø Kemahiran ini membolehkan seseorang mempelajari tentang perkembangan dirinya dari semasa ke semasa.
Ø Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Ø Dengan mengenali kekuatan dan kelemahan diri, mereka dapat menentukan hala tuju kehidupan.
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pelajar-pelajar untuk
memperbaiki kemahiran intrapersonal ialah:
1. Menyimpan jurnal atau diari;
2. Menghuraikan perasaannya terhadap sesuatu mata pelajaran;
3. Menilai kerja sendiri;
4. Mengisi borang;
5. Menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami;
6. Menghuraikan kekuatan/kelemahan sendiri;
7. Melaksanakan projek secara individu;
8. Menulis berkenaan sejarah keluarga sendiri;
9. Membuat refleksi secara senyap;
10. Menggunakan teknik metakognitif(menyedari teknik pembelajaran
sendiri dan dapat menjelaskannya);
11. Menggunakan kemahiran memerhati atau memfokus; dan
12. Menggunakan kemahiran menaakul.
10.3 PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN
Ø Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah laku.
Ø Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, bantu-membantu, perkongsian alat/idea, perasaan saling, persaingan yang sihat dan sebagainya.
Ø Komuniti pembelajaran juga adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik.
Ø Komuniti pembelajaran professional di sebuah IPG terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja secara kolaboratif. memperbaiki kemhiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.
10.4 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT
Ø Perkongsian melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Ø Perkongsian dalam kalangan pensyarah dan pelajar di institut semasa proses pembelajaran dan pengajaran (P&P).
Ø Boleh dilakukan melalui penggunaan internet seperti blog, flickr, slideshare, skype, facebook, e-mail, twitter dan sebagainya.
a. BLOG
Membolehkan pelajar mempunyai kemahiran menggunakan sumber
maklumat internet.
Meningkatkan motivasi untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran.
Membina pemikiran kritis melalui penggunaan ruang komen.
Merupakan portal kreativiti dan inisiatif sendiri kerana idea yang baik
mendapat markah yang lebih baik dari pensyarah.
b. FACEBOOK
§ - Menghubungkan pelajar dan pensyarah secara tidak langsung melalui komuniti pembelajaran.
§ - Menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza dengan kelas biasa.
§ - Meningkatkan interaksi antara pensyarah/guru dengan pelajar dan
§ sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web.
§ - Dapat berkongsi nota-nota atau buah fikiran dari rakan-rakan yang lain.
§ - Digunakan untuk muat naik gambar, memberikan tag nama kepada
§ gambar, melihat orang lain, serta menulis komen dan anotasi gambar.
§ - Boleh membina set gambar untuk menyusun dengan mudah dan
§ menyertai kumpulan topik perbincangan bagi memupuk kesedaran
§ berkomuniti.
§ - Memberi peluang kepada pelajar yang menceburi bidang fotografi dan subjek seni.
c. TWITTER
§ Siaran teks dengan jumlah 140 aksara yang dipaparkan pada profil pengguna Format Tweet yang ringkas.
§ Penggunaan twitter tidak perlu saling berutus e-mel atau pesanan sms.
§ Lingkungan hubungan dengan rakan-rakan twitter dapat diperluaskan.
10.5 ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
· Gender adalah perbezaan sifat, peranan, fungsi, dan status antara lelaki dan perempuan.
§ Peranan antara lelaki dan perempuan berubah mengikut budaya, keadaan dan situasi di mana mereka berada.
§ Di Malaysia, terdapat Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Kemajuan Wanita. (sekarang)
§ Tujuannya adalah untuk :
ü Membela dan memartabatkan peranan wanita dalam sesuatu komuniti.
ü Meningkatkan penyertaan wanita dalam pengajian formal melalui program kaunseling kerjaya.
§ - Dalam masyarakat tradisional, peranan wanita adalah terhad sebagai pembantu (supporting role) kepada kaum lelaki.
§ - Wanita diberi hak yang sama dalam pelbagai aspek, misalnya pelajar lelaki dan wanita diberi peluang yang sama untuk meneruskan pendidikan mereka ke peringkat universiti.
§ - Wanita telah mendominasi sistem pendidikan di Malaysia.
§ - Kemasukan pelajar baru ke IPTA dikuasai oleh pelajar wanita.
§ - Rancangan Malaysia ke-10, jumlah pemegang ijzah pertama dikuasai wanita.
§ - Kegiatan yang negatif mungkin menyebabkan ramai pelajar lelaki yang tercicir dalam pendidikan.
§ - Ramai dalam kalangan remaja lelaki yang terbabit dalam kegiatan negatif ditangkap dan dimasukkan ke pusat serenti dan penjara juvana.
§ - Sehubungan itu, wanita sekarang mencari calon pasangan yang mempunyai kekukuhan kewangan.
Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat dengan menekan klik di bawah;
Segala maklumat di atas dirujuk daripada pelbagai sumber. Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kesalahan atau kecelaruan maklumat. Sekian, terima kasih. :)
Rujukan:
Idzuddin Nurrashid (2016). Diambil daripada http://cikguidin.blogspot.com/2016/09/bab-10-penyesuaian-sosial.html
No comments:
Post a Comment