BAB 8 : SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
KONSEP SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
- Sistem Pengurusan Pembelajaran adalah atau lebih dikenali sebagai Learning Management System (LMS) merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan-laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, e-learning program dan kadar latihan.
- LMS merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan MAMPU. MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif Open Source Software(OSS).
- LMS boleh dibahagikan kepada dua kategori,iaitu proprietary dan open source. Contoh LMS proprietary yang biasa digunakan adalah Blackboard manakala contoh bagi LMS open source pula ialah Moodle yang popular dan digunakan secara meluas kerana ia adalah percuma dan boleh di ubah suai. LMS di SPIN misalnya,merupakan sistem pengurusan pegajaran dan pembelajaran interaktif.
CIRI-CIRI SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
- mengunakan Internet melalui e-pembelajaran diperoleh di laman web universiti dan kolej
- memudahkan pengurusan perkara berkaitan pelajar, subjek-subjek setiap semester
- membantu pensyarah mengurus subjek yang ditawarkan
- memudahkan pengurusan pengajian
- mengandungi maklumat mata pelajaran
- nota kuliah dan pautan pelbagai sumber maklumat
- kemudahan komunikasi
- kemudahan untuk proses penilaian
KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
- SPP digunakan untuk merancang e-bahan, mencari maklumat dengan pantas, mengesan pencapaian pelajar dan mengesan status penggunaan pengguna
- strategi pembelajaran dan pengejaran yang berpusat
- menggunakan perkhidmatan diri dan perkhidmatan sendiri berpadu
- menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat
- menggabungkan kaedah latihan pada platform yang berasaskan web yang berskala
- menyesuaikan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan
- meningkatkan kelas pendidikan jarak jauh melalui media lain
- menyelia kerja-kerja pelajar dan memberi nasihat akademik
- pembelajaran boleh dilakukan dimana-mana sahajam dan pada bila-bila masa
- tidak melibatkan kos yang efektif
- membolehkan pelajar meneroka maklumat melalui perpustakaan digital atau laman web
- pelajar dapat menguruskan masa dengan lebih efektif kerana pembelajaran dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa
- pelajar dapat meneroka maklumat baru melalui perpustakaan secara digital atau laman web
- pelajar dapat berbincang dengan pakar daripada universiti melalui emel atau blackboard
- pelajar dapat berkomunikasi dengan pensyarah atau rakan sekelas secara maya
- dapat menguasai penggunaan suatu perisian kursus dan dapat menyalur bahan daripada pelbagai sumber
- dapat membuat pendaftaran pelajar terhadap kursus
RUJUKAN
Mujahid Islam (2016). Sistem Pengurusan Pembelajaran. Diambil daripada : https://www.slideshare.net/mujahidislam5/8-sistem-pengurusan-pembelajaran
Muhammad Asyraf Bin Md Yunus (2016). Diambil daripada
http://cikgusoley.blogspot.com/2016/09/bab-8-sistem-pengurusan-pembelajaran-lms.html
No comments:
Post a Comment