PPISMP AMBILAN JUN 2018
BAHASA ARAB 2
TAJUK 8 : SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Setelah mempelajari kursus ini, saya lebih mahir dalam menguruskan masa dengan bijak dan cermat sebagai seorang pelajar di kampus IPGKDA, Saya juga telah memperoleh banyak maklumat dalam pengurusan kehidupan seharian sebagai seorang pelajar. saya juga telah banyak mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kemahiran belajar. Oleh itu, kemahiran yang dipelajari dalam kursus ini telah saya praktikkan dalam kehidupan saya sebagai seorang pelajar yang berwawasan.
AINUL MARDHIAH BINTI ISMAIL
PPISMP AMBILAN JUN 2018
BAHASA ARAB 2
TAJUK 10 : PENYESUAIAN SOSIAL
Hasil daripada pembelajaran ini, dapat saya simpulkan bahawa tanpa sosial, kita dapat diibaratkan seperti katak di bawah tempurung kerana tidak mengendahkan suasana di sekeliling kita. Sosial amat penting bagi menjana keyakinan kita di khalayak ramai. Terdapat pelbagai cara untuk bersosial secara sihat yang dapat dicontohi oleh pelbagai pihak. Kegagalan untuk bersosial secara sihat akan mengundang padah kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Namun kita juga haruslah bijak dalam bersosial agar tidak terlibat dengan gejala tidak sihat.
ا SYARIFAH QISTINA BALQIS BINTI SYED HAROL ANUAR
P PPISMP AMBILAN JUN 2018
BAHASA ARAB 2
TAJUK 6 : KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS
Setelah mempelajari kursus ini, saya dapat menyimpulkan bahawa pentingnya kemahiran memproses maklumat dalam kehidupan seharian kita. Hal ini kerana pelbagai kemudahan atau cara yang mudah bagi kita untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Kita mestilah menggunakan kemudahan yang sedia ada bagu memudahkan lagi perkerjaan harian kita.

No comments:
Post a Comment